Sabtu, 2 Januari 2010

Mengapa Solat Zohur dan Asar dibaca perlahan, tetapi Maghrib, Isya & Subuh dibaca kuat dan nyaring ?

Assalamualaikum………….Agak lama saya tidak menjawab persoalan Amin, yang bertanyakan “ Mengapa Solat Zohur dan Asar dibaca perlahan, tetapi Maghrib, Isya & Subuh dibaca kuat dan nyaring ? “ Mengapa lama ? Kerana saya terpaksa mencari bahan rujukan yang memuaskan hati untuk menjawab persoalan sebegini. Akhirnya saya temui jawapan yang dibahaskan oleh Imam as-Sya’rawi didalam Tafsirnya, sewaktu beliau mengulas ayat 87 .Surah Yunus yang berbunyi :] وَاجْعَلُواْ بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ { [يونس: 87].Yang bermaksud “dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya;”Beliau menyatakan didalam Tafsir tersebut “ pengikut Nabi Musa AS diarahkan oleh Nabi Musa untuk mendirikan solat didalam rumah-rumah mereka, agar terhindar daripada kejahatan musuh-musuh yang ingin menindas & menganiya mereka. Keadaan mereka samalah dengan apa yang dialami oleh kaum Muslimin diperingkat awal keislaman dan pensyariatan Solat. Kaum Muslimin amat lemah ketika itu. Diketika itu jua Umat Islam hanya mendirikan Solat didalam rumah. Inilah RAHSIA KENAPA SOLAT TIDAK DIZAHIRKAN BACAANNYA PADA WAKTU SIANG. Tujuannya agar : MUSUH ISLAM TIDAK DAPAT MENCARI & MENGETAHUI DIMANA TEMPAT SOLAT & BERKUMPULNYA UMAT ISLAM.Adapun pada waktu malam, Nabi SAW menyaringkan bacaan dengan tujuan untuk mengajar Para Sahabat RA cara & kaedah membaca al- Quran. Berikut ialah teks arab yang menyatakan pandangan Imam Sya’rawi ini “فإقامة البيوت هنا مشروطة بأن يجعلوا بها قبلة لإقامة الصلاة بعيداً عن أعين الخصوم الذين يضطهونهم، شأنهم شأن المسلمين الأوائل حينما كان الإسلام ـ في أوليته ـ ضعيفاً بمكة، وكان المسلمون حين ذاك يصلون في قلب البيوت، وهذا هو سر عدم الجهر بالصلاة نهاراً، وعدم الجهر يفيد في ألا ينتبه الخصوم إلى مكان المصلين.وأما الجهر بالصلاة ليلاً وفجراً، فقد كان المقصود به أن يعلمهم كيفية قراءة القرآن.Wallahua’lam…..

Petikan dari www.zahimhelmi.blogspot.com oleh Ustaz Akhi Zahim Hilmi