Jumaat, 20 Mei 2011

Memilih Pemimpin

Dalam kita menguruskan dan mentadbir Negara, kita hendaklah memikir bagaimana kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai cirri-ciri seorang yang berkebolehan dalam segala aspek.

Di ruangan ini, saya mengambi l satu inisiatif dan pembuka minda kepada rakyat bagaimana untuk memilih pemimpin. Tanggungjawab seorang pemimpin samada di akar umbi atau di peringkat antarabangsa adalah besar. Agama Islam telah menyatakan bagaimana cirri-ciri seorang pemimpin di antaranya ialah :

1. Bertakwa kepada Allah SWT.
2. Mengikhlaskan diri dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
3. Mempunyai akal yang sihat dan pintar.
4. Berlemah lembut serta beramah tamah
5. Berani menyatakan kebenaran.
6. Merendah diri dalam erti tidak berpegang dengan pangkat dan jawatan
7. Suka memberi kemaafan
8. Tidak cepat naik kemarahan
9. Menepati janji.
10. Menjauhi diri dari kemungkaran.
11. Bersikap adil dalam setiap urusan.
12. Tidak mencaci dan mencela orang lain
13. Tidak membuka rahsia kekurangan orang lain.

Dan banyak lagi sifat-sifat kebaikan yang pasti diikuti oleg seorang pemimpin di dalam menjalankan tugas harian mereka, kerana setiap mereka itu akan bertanggungjawab di hadapan Tuhan Rabbul Jalil di hari kemudian nanti. Dan Ingatlah bahawa balasan Allah tetap berlaku bila tiba masanya di hari pembalasan di akhirat nanti.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah menetapkan garis panduan tentang pemilihan seorang pemimpin. Sebagaimana sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a Nabi bersabda :

Maksudnya :

“ Barang siapa menyerahkan pekerjaan kaum muslimin kepada seseorang padahal masih ada yang lain lebih berhak daripadanya sesungguhnya ia mengkhianati terhadap Allah dan Rasulnya dan suatu riwayat baginda bersabda : Ia mengkhianati terhadap kaum muslimin seluruhnya ”.

Untuk mencalonkan seorang pemimpin mengikut pandangan Islam caranya dibuka lebar pintu pencalonan dengan tidak terkecuali kepada siapa juga. Yang penting kepada orang yan g berkelayakan sebagai seorang pemimpin serta mampu meneraju mereka yang dibawah pimpinannya.

Ingtlah kita bahawa untuk kemajuan dan kemakmuran sesebuah kampung, masyarakat dan Negara terletak di atas bahu para pemimpin. Sekiranya baik mereka itu serta mempunyai kebolehan maka kampung, masyarakat dan Negara akan ikut maju dan makmur, sebaliknya pemimpin yang lemah tidak beramanah suka mencari kepentingan diri peribadi, masyarakatnya, Negara akan mengalami kemunduran dan kehancuran semata-mata.
Oleh itu, marilah kita memilih pemimpin kita dengan terbaik serta mampu menangani dan mempunyai kebolehan serta sanggup bertanggungjawab dan menjalankan urusan mengikuti kaca mata Islam, mudah-mudahan yang kita pilih bersama itu akan menghasilkan kemakmuran umat dan Negara.

Allahuma, wahai Tuhan kami, tunjukkanlah kami seorang pemimpin yang jujur lagi beramanah, mudah- mudahan dengan adanya mereka itu dapat membawa kami sekalian ke arah yang diredhai Allah SWT, moga-moga kami sekali dapat menjalankan agama Mu den
An baik. Maju jaya dunia dan akhirat. Amin ya Rabbil alamin.

Sekian.