Isnin, 14 September 2009

Masjid Al-Badrul, Kg. Telisai tuan rumah penyerahan bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua oleh Pergerakan Wanita Silam

Pergerakan Wanita Umno Silam telah mengadakan majlis penyerahan bantuan berbentuk makanan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua di Masjid Al-Badrul Kg. Telisai. Majlis dimulakan dengan tadarus Al- Quran yang dibacakan secara beramai-ramai oleh penduduk kg. Telisai dan penyerahan bantuan makanan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Bantuan makanan berupa beras disumbangkan oleh Pergerakan Wanita Silam dan wang tunai serta makanan yang lain disumbangkan sendiri oleh Ketua Wanita Silam Puan Hajah Saleha Abd Wahid. Menurut Puan Hajah Saleha, pergerakan wanita Umno Silam akan sentiasa mengadakan majlis seumpama ini bagi keperihatian wanita Umno terhadap ibu tunggal, anak-anak yatim dan warga tua di kawasan Silam ini. Adalah menjadi tanggungjawab pihak seperti kami menyumbangkan pelbagai bantuan bagi meringankan beban sempena Aidil Fitri yang akan menjelang tiba, ujarnya semasa menghadiri majlis tersebut. Kampung yang terlibat dalam majlis tersebut ialah Kg. Telisai dan Kg. Makuau. Puan Hajah Saleha juga turut berbuka puasa bersama-sama warga tua, anak-anak yatim dan ibu tunggal yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Anak Negeri Tungku En. Hj. Abdul Malek Hj, Aidala, Pegawai Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Masyarakat N49 Tungku En. Salleh Kamin Sajiran, Ketua Kampung Telisai En. Maihaddin Alibasa, Ketua Kampung Mambatu En. Hussin Umar.

Rabu, 2 September 2009

Industri Penanaman Lada di Kg. Makuau, Tungku

Inilah hasil lada yang telah di kisar dan dibotolkan ,seterusnya dihantar ke pelanggan beliau di kawasan Tungku.
Lada yang telah dikisar
Mesin pengisar Lada ini berharga RM 3,000.00, berkat hasil usaha En. Ahmad Ghani beliau mampu memilikinya.





Beginilah pokok lada yang begitu subur, walaupun musim kemarau melanda sekarang ini.



Saya sendiri melawat penanaman lada En. Ahmad Ghani, di Kg. Makuau, Tungku




Seorang penduduk di kg. Makuau, Tungku En. Ahmad bin Ghani mengusahakan penanaman ' lada padi pertanian ' yang mempunyai keluasan tanah iaitu 2.5 ekar. Beliau memulakan penanaman lada jenis ini bermodalkan RM3,000.00 sahaja. Anggaraan purata pendapatan bersih dalam sebulan ialah RM4,000.00. Bagi pendapatan perkilo, beliau mampu memperolehi sehingga 800 kilo sebulan. Walaubagaimanapun, harga pasaran lada ini adalah tidak menentu, kadang-kadang harga mencapai sehingga RM 9.00 sekilo, dan kadang-kadang juga harga menjunam jatuh sehingga RM 2.00 sekilo. Bagi hasil lada yang telah dikumpulkan akan di hantar ke Kota Kinabalu, kerana En, Ahmad Ghani mempunyai pelanggan yang tetap membeli hasil lada beliau. Apabila permintaan tinggi dari pelanggan, maka En. Ahmad Ghani terpaksa membeli lada dari luar seperti penanam-penanam lada kecil-kecilan untuk mencukupkan koata yang telah diminta oleh pelanggan beliau.
En. Ahmad Ghani memaklumkan kepada saya, bahawa beliau tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan termasuk modal penanaman lada . Tetapi beliau selalu menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Daerah, dan ini membantu beliau dalam menguruskan penanaman lada di kebun sendiri. Tanpa bantuan subsidi beliau boleh berjaya dalam bidang pertanian. Pada Februari 2009 beliau telah memohon pinjaman kewangan daripada TEKUN untuk beliau membesarkan lagi perniagaan Lada beliau, tetapi sehingga hari ini, kelulusan tersebut belum diperolehi. Beliau berharap agar pihak kerajaan dapat mempercepatkan dan meluluskan pinjaman beliau daripada TEKUN dan seterusnya beliau akan membina kilang untuk memproses lada sendiri.

Selain dari itu, beliau mempunyai mesin pengisar lada untuk dibotolkan dan dijual di kawasan yang terdekat, seperti di pasar Felda Anjung Teduh, Pasar Felda Cenderawasih, Desa Kencana dan kedai-kedai runcit di sekitar pekan Tungku. En. Ahmad Ghani boleh dihubungi melalui Handphone 016-8260523 atau 016-8303523 dan alamat " Sayur Mas Enterprise " KM56, Jalan Tungku, Kg. Makuau, Peti Surat No. 61465, 91123 Lahad Datu, Sabah.