Isnin, 14 September 2009

Masjid Al-Badrul, Kg. Telisai tuan rumah penyerahan bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua oleh Pergerakan Wanita Silam

Pergerakan Wanita Umno Silam telah mengadakan majlis penyerahan bantuan berbentuk makanan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua di Masjid Al-Badrul Kg. Telisai. Majlis dimulakan dengan tadarus Al- Quran yang dibacakan secara beramai-ramai oleh penduduk kg. Telisai dan penyerahan bantuan makanan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Bantuan makanan berupa beras disumbangkan oleh Pergerakan Wanita Silam dan wang tunai serta makanan yang lain disumbangkan sendiri oleh Ketua Wanita Silam Puan Hajah Saleha Abd Wahid. Menurut Puan Hajah Saleha, pergerakan wanita Umno Silam akan sentiasa mengadakan majlis seumpama ini bagi keperihatian wanita Umno terhadap ibu tunggal, anak-anak yatim dan warga tua di kawasan Silam ini. Adalah menjadi tanggungjawab pihak seperti kami menyumbangkan pelbagai bantuan bagi meringankan beban sempena Aidil Fitri yang akan menjelang tiba, ujarnya semasa menghadiri majlis tersebut. Kampung yang terlibat dalam majlis tersebut ialah Kg. Telisai dan Kg. Makuau. Puan Hajah Saleha juga turut berbuka puasa bersama-sama warga tua, anak-anak yatim dan ibu tunggal yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Anak Negeri Tungku En. Hj. Abdul Malek Hj, Aidala, Pegawai Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Masyarakat N49 Tungku En. Salleh Kamin Sajiran, Ketua Kampung Telisai En. Maihaddin Alibasa, Ketua Kampung Mambatu En. Hussin Umar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan