Isnin, 24 Ogos 2009

Penginapan di Felda Residence Sahabat



Baru-baru ini saya telah menginap di Felda Residence Sahabat sempena Liga Sukan Komuniti Tungku yang diadakan di Felda Bandar Sahabat. Penginapan di sini amat selesa dengan kemudahan kolam mandi dan bilik yang begitu luas. Penginapan di sini adalah satu-satunya penginapan di kawasan Tungku yang sememangnya terkenal dan selalu dikunjungi oleh orang ramai yang berkelah di pantai Felda Sahabat. Untuk pengetahuan semua, pada sebelah subuh pula, matahari terbit yang pertama di Malaysia ialah di Felda Bandar Sahabat. Saya sendiri menyaksikan suasana tersebut. Jadi saya mencadangkan kepada orang ramai datanglah berkunjung dan seterusnya menginap di Felda Residence Sahabat untuk merasai sendiri suasana yang jarang-jarang kita rasakan. Sewa bilik termasuk minum pagi untuk dua orang ialah RM120.00 sahaja, dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini seperti kolam renang, pantai untuk berkelah, Wi fi Internet di ruang lobi Resort, kemudahan siaran Astro di bilik penginapan dan perkhidmatan yang mesra pelanggan yang sudah tentunya menarik minat orang ramai datang ke Felda Residence Sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan