Selasa, 25 Ogos 2009

Silam berpotensi untuk dijadikan Pusat Perlancongan dan perternakan Ikan dalam sangkar

Inilah yang dinamakan Bagang. Tempat menternak Ikan pelbagai jenis.
Ikan Kerapu yang diternak dalam sangkar. Memberikan pendapatan Lumayan
Saya sungguh terkejut apabila saya tiba di satu tempat di kg. Silam di mana satu perusahaan menternak ikan Kerapu pelbagai jenis. Saya difahamkan oleh penjaga disitu, pusat perternakan ikan kerapu ini adalah milik seorang berbangsa Tiongha. Apabila ikan kerapu ini telah dewasa, ia akan di export ke luar negara kerana permintaan ikan kerapu ini amat tinggi di pasarannya di luar negara. Harga bagi sekilo ikan kerapu jenis Tikus mencecah RM120.00 ke 180.oo sekilo. Disamping itu saya melihat keadaan di kawasan kg. Silam, saya mengambil kesempatan untuk memancing di sebelah pusat perternakan ikan Kerapu tersebut ( Bagang ). Memang rezeki saya pada hari tersebut, saya mendapat seekor ikan salai-salai dan 4 ekor ikan merah, wal hal di tempat saya memancing itu, tidaklah sedalam mana airnya, cuma tujuh depa sahaja (unit ukuran yang digunakan orang-orang kampung ). Asyik saya memancing, saya melihat di sekitar kawasan tersebut, memang sesuai dijadikan pusat perlancongan dengan membina resort dan pusat menyelam kerana batu karang di kawasan tersebut amat banyak. Kepada sesiapa yang membaca artikel dalam blog saya ini, luangkanlah masa anda untuk melihat sendiri pemandangan dan merasai sendiri suasana yang begitu nyaman dan mempersonakan.

2 ulasan:

  1. uinah minat betul bah aku bab2 ternak ikan ni, bos ada kah peruntukkan utk org yg minat cam aku ni?

    BalasPadam
  2. Begini saya syorkan saudara pi ke Pejabat Pertanian Lahad datu...Diorang boleh bantu saudara utk mendapatkan apa-apa maklumat mengenai permohonan peruntukan ....terima kasih kerana melayari blog saya...

    BalasPadam